Dengan adanya ledakan teknologi dan perkembangan sains, kita manusia lupa untuk bertanya, "Mengapa?".
Persoalan yang saya ingin kupas hari ini adalah "Mengapa vaksinasi?". Vaksinasi dilakukan selepas bayi dilahirkan sehinggalah besar. Dua tiga tahun kebelakangan ini, kerajaan juga sering mempromosikan vaksinasi. Contohnya untuk HPV dan selesema burung. Kita pula ikut sahaja cucuk vaksin tanpa bertanya banyak. Macam lembu yang dicucuk hidungnya ditarik tali kita ikut sahaja.
Gambar dari WHO
Apakah itu vaksin? Menurut WHO, vaksin ialah satu persediaan yang bertujuan untuk menghasilkan keimunan badan kepada sesuatu penyakit dengan meransang penghasilan antibodi.
Vaksin termasuklah contohnya suspensi mikroorganisma yang dimatikan atau dilemahkan atau produk atau sebahagian mikroorganisma. Kaedah biasa untuk pemberian vaksin adalah melalui suntikan tetapi ada juga yang diberikan melalui mulut atau semburan hidung.
Bagaimana vaksin menghasilkan imuniti?Apabila badan kita didedahkan kepada vaksin yang mengandungi mikroorganisma, badan akan menghasilkan antibodi dan pada masa yang sama akan menghasilkan sel-sel memori (ingatan) yang akan mampu untuk membunuh/memusnahkan/menyingkirkan mikroorganisma apabila ianya kembali menyerang badan pada kali kedua.
Jadi apa masalahnya dengan vaksin?Masalah dengan vaksin ini adalah sama ada ianya benar-benar berkesan atau tidak berkesan. Adakah vaksin ini selamat digunakan atau tidak? Dua perkara ini adalah persoalan yang sangat penting untuk dijawab.
Mampukah para pembaca menjawabnya? Mengapa tidak mampu padahal kita dah ambil vaksin macam telan panadol saban hari?
Doktor kata selamat buat apa nak bimbang?Jika kita tanya doktor yang ada pada hari ini, kebanyakkan mereka akan mengatakan bahawa vaksin adalah selamat dan pastinya tiada masalah daripada penggunaannya. Saya ingin tegaskan disini bahawa kenyataan sebegini biasa kerana inilah yang mereka belajar daripada buku-buku teks di universiti-universiti. (jangan lupa buku-buku teks ini kebanyakkannya di sponsor oleh syarikat farmasutikal yang turut menghasilkan vaksin). Maka mereka akan percaya bulat-bulat macam lembu dicucuk kat hidung juga. Saya sedih kerana doktor-doktor kita tidak rajin dan ada yang tidak pandai membaca dan membuat kajian.
Doktor-doktor yang telah memberikan vaksinasi kepada kanak-kanak contohnya pastinya sentiasa mendapat maklum balas daripada ibubapa akan pelbagai masalah daripada yang biasa seperti demam kepadalah yang serius seperti autism dan sawan. Tragiknya, kebanyakkan doktor adalah terlalu bongkak untuk mengaitkan kemungkinan adanya masalah dengan vaksin. Kebanyakkan mereka didoktrinkan untuk bersahaja memberitahu ibubapa apa-apa sahaja yang buruk akibat daripada vaksin adalah satu kebetulan sahaja? Tetapi mengapakah terdapat terlalu banyak 'kebetulan-kebetulan'?
Contohnya dalam kes vaksinasi kanak-kanak, bayangkan kanak-kanak yang perkembangannya normal dan sedang membesar sihat, kemudian tiba-tiba tidak boleh bercakap dan menjadi buta, bayangkan mereka tiba-tiba sawan, ada pula yang mendapat asma dan alergi dan ibubapa mereka tiada tempat lagi untuk mengadu kerana doktor kata kebetulan sahaja. Doktor kata awak tak belajar dan awak tak tahu apa yang awak katakan.
Sejarah membuktikan bahawa vaksin berkesan, tengok smallpoxKalau tengok buku teks konvensional, epidemik smallpox dan polio hilang disebabkan vaksin, dan kebanyakkan penyakit yang kita hadapi pada abad ke 20 di US berkurangan kerana kuasa dan implimentasi polisi vaksin.
Tapi kalau dilihat daripada kajian-kajian yang signifikan dalam medical literature, ia menunjukkan yang sebenarnya penyakit-penyakit berjangkit ini hilang bukan kerana vaksin semata-mata tetapi oleh pelbagai sebab-sebab yang lain.
Sebagai contoh, satu artikel yang diterbitkan pada tahun 2000 di Pediatrics Journal menyebut bahawa sebelum Perang Dunia II, majoriti penyakit berjangkit di US seperti diphtheria, tetanus, polio, pertussis, measles, influenza, parapertussis, tuberculosis dan scarlet fever semuanya telah dikurangkan sebelum Perang Dunia II dan SEBELUM adanya antibiotik dan vaksin dicipta lagi untuk penyakit-penyakit ini.
Sebab berkurangnya kadar insiden dan kadar kemation penyakit-penyakit ini adalah kerana implimentasi strategi kesihatan kepada umum termasuklah
- Air bersih
- Keadaan tempat tinggal yang lebih baik
- Pembaikan sanitasi
- Pembaikan nutrisi
Kita ada kajian yang membuktikan bahawa vaksin adalah berkesan dan selamat.Ada juga akan kata daripada pembacaan American Academy of Pediatrics, AMA, CDC dan jurnal-jurnal lain membuktikan bahawa semuanya selamat dan berkesan.
Saya ingin mencabar mereka yang kata selamat ini untuk melihat sendiri kajian yang dilakukan:
- Samada ia menggunakan study group (kumpulan kajian) dan contol group (kumpulan kajian kawalan) yang betul?
- Adakah bahan-bahan yang digunakan dalam vaksin itu dikaji dengan betul?
- Adakah terdapat perbezaan apabila didedahkan kepada virus, bakteria, heavy metal atau toksin melalui air, makanan, usus manusia dan kulit, jika dibandingkan apabila ianya disuntik terus ke dalam badan?
- Adakah kita benar-benar mengkaji apakah yang terjadi kepada bahan-bahan dalam vaksin setelah disuntik ke dalam badan?
- Adakah antibodi yang terhasil cukup untuk memberikan perlindungan daripada penyakit?
Saban hari, semakin banyak kajian-kajian yang menunjukkan bahawa:
- Tiada kajian yang lengkap dan betul telah dilakukan.
- Antibodi bukanlah satu-satunya cara badan mendapat perlindungan
- Terdapat perbezaan bagaimana manusia memproses bahan melalui udara dan makanan berbanding dengan suntikanl.
- Bahan-bahan dalam vaksin akan berkumpul dalam badan dan merosakkan sistem keimunan badan
- Terdapat partikel dalam vaksin yang boleh masuk ke dalam otak
- Terdapat banyak DNA asing yang masuk ke dalam badan
Adalah amat mengejutkan yang kita ini kekurangan maklumat tentang keselamatan dan keberkesanan jika dilihat adanya bertimbun paper jurnal yang boleh menaikkan syak akan keselamatan dan keberkesanan vaksin, dan tidak adanya kajian yang betul dan tepat tentang vaksin dilakukan.
Apa yang kita ada pada hari ini adalah polisi yang berat sebelah, satu cara pemikiran yang tidak mungkin membenarkan apa-apa debat tentang vaksin. Apa tidaknya, syarikat-syarikat pengeluar inilah yang juga menyalurkan wang ke universiti-universiti untuk 'research'.
Awak ada ke kajian yang tunjukkan vaksin tak selamat?Mesti la ada, buat apa nak bimbang bukan-bukan kalau tak ada.
Salah satu kajian yang telah dilakukan melihat kepada kesan kanak-kanak yang divaksinasi dan dibandingkan dengan kanak-kanak yang tidak divaksinasikan. Kajian yang diterbitkan di Journal of Allergy and Clinical Immunology pada April 2005 ini melihat kepada kesan kesihatan kanak-kanak yang divaksinkan sepenuhnya, yang divaksinkan separa dan mereka yang tidak divaksinkan lansung.
Para penyelidik bertanya kepada ibubapa tentang penyakit atopik iaitu alergi, asma, ezema dan hay fever. Para penyelidik tidak dibenarkan tahu ibubapa adalah daripada kategori kanak-kanak yang mana. Apabila data telah diproses, mereka mendapati bahawa rekod yang terbesar adalah daripada ibubapa yang kanak-kanaknya divaksinasikan sepenuhnya, kedua adalah yang dari vaksinasi separa dan yang paling sikit dengan penyakit atopik adalah dariapda yang tidak divaksinasikan langsung.
Analisis statistik yang dilakukan untuk melihat samada data ini terhasil hanyalah kebetulan sahaja atau data ini benar. Dan mereka dapati secara statistiknya data yang diperolehi adalah benar. Para saintis itu tidak dapat memahami bagaimana masalah ini mungkin berlaku kerana semua orang setuju yang vaksin itu selamat sepenuhnya dan berkesan .
Laporan daripada IOM, 2011 menemui bukti yang kukuh adanya hubungan antara beberapa vaksin dan kesan-kesan yang buruk. Contohnya MMR, varicella zoster, influenza, hep B, meningococcal dan vaksin yang mengandungi tetanus dikaitkan dengan anaphylaxis. Anaphylaxis ialah reaksi alergik yang sangat cepat (beberapa minit sahaja) yang kemudiannya menyebabkan kematian.Kalau para pembaca dah tahu, masih mahu vaksinasikan anak lagi?
Ada banyak lagi kajian, tapi saya akan cuba kupaskan di post lain.
Kalau tak vaksin nanti tak ada 'Herd Immunity'Salah satu perbalahan utama yang digunakan untuk menjustifikasikan perbuatan gila ini ialah "herd immunity".
Konsep "herd immunity" ini adalah amat menarik kerana kita telah diajar bahawa jika sebahagian peratusan populasi yag secara aktifnya (bukan vaksin) mendapat penyakit, mereka ini akan memberikan perlindungan kepada sebahagian populasi yang lain lagi yang belum mendapat penyakit itu lagi. Jadi mereka yang mendapat sakit itu sedang menghilangkan penyakit secara semulajadi dan melindungi mereka yang tak dapat penyakit lagi.
Dalam sains vaksin, mereka ini menggunakan idea yang jika mereka menvaksinasikan peratusan manusia, mereka turut akan memberikan perlindungan kepada mereka yang tidak divaksinkan. Dan ini telah dibuktikan SALAH kerana 'herd immunity' dalam teori adalah berasaskan kepada penyakit yang didapati secara aktif (bukan pasif seperti vaksin). Kita tahu bahawa vaksinasi tidak dapat mimik/tiru keadaan penyakit berjangkit sacara semulajadi. Jadi model 'herd immunity' tidak boleh digunakan dalam polisi vaksinasi sebenarnya. Malangnya ia tetap digunakan walaupun secara saintifiknya tiada bukti lansung.
Faktanya di sini ialah, vaksinasi tidak menghentikan seseorang daripada membawa bakteria atau virus dalam hidung, tekak, usus, ruang pernafasan, atas kulit mahupun dalam badan. Namun ramai yang tidak faham betapa signifikannya fakta ini dan mereka telah dibuat supaya percaya setelah vaksinasi, mereka tidak membawa virusdan dengan itu, mereka yang lain selamat kerana sebahagian telah divaksinasikan.
Jika hendak dibahaskan, nanti post ini menjadi terlalu panjang. Mungkin saya akan tulis dalam post lain.
Agama kata mencegah lebih baik Memang tidak dinafikan, tapi jika kaedah pencegahannya itu sendiri adalah salah. Dalam kes ini vaksin memberikan kesan negatif kepada kesihatan manusia dan kesan ini jauh lebih teruk dan bahaya daripada kebaikkannya. Orang kata kalau tak tahu bertanya, tapi kenalah tanya kepada mereka yang arif.
Menurut A. Majid Katme, MBBCh,DPM yang merupakan jurucakap bagi Islamic Medical Association (UK):
We are giving our innocent children haraam (forbidden) substances and harmful chemicals that destroy their natural immune systems, causing disease, suffering and death. All Muslim doctors and parents should be aware of vaccine ingredients, and of the failed efficacy of vaccines. The harm is clearly greater than the benefit. The time has come to take a stand for truth.
Apakah tidaknya, kita pula main suntik tanpa tahu apakah kandungan vaksin itu sendiri. Menurut beliau, antara kandungan vaksin adalah:
- heavy metals,
- pus from sores of diseased animals,
- horse serum,
- calf serum,
- faecal matter,
- foetal cells,
- urine,
- macerated cancer cells,
- sweepings from diseased children,
- formaldehyde (a carcinogen used in embalming fluid),
- phenol (a carcinogen capable of causing paralysis, convulsions, coma, necrosis and gangrene),
- lactalbumin hydrolysate (an emulsifier),
- aluminium phosphate (an aluminium salt that is corrosive to tissues),
- retro-virus SV-40 (a contaminant virus in some polio vaccines),
- antibiotics (e.g., neomycin tm) that lead to antibiotic resistance,
- chick embryo (as a growth medium for the virus),
- sodium phosphate (a buffering salt),
- foreign animal tissues containing genetic material (DNA/RNA) from the growth medium
- mycoplasma,
- bacteria,
- monkey viruses
- thiomersal (mercury) as a preservative and
- aluminium as an adjuvant.
- neurotoxin known as 2PE.
- monosodium glutamate (MSG),
- sorbitol,
- gelatine.
Kesan bahan-bahan ini kepada badan manusia akan dipanjangkan di post lain. Tapi ingin saya tekankan disini bahawa merkuri dan aluminium kedua-duanya telah DIBUKTIKAN menyebabkan kerosakan kepada otak dan sistem saraf badan.
Kalau kita tahu ada embrio manusia, air kencing, darah haiwan, babi dan sel manusia dan sel-sel haiwan lain, adakah masih halal dan baik kepada manusia? Dari sudut agama sah-sah haram bagi orang Islam dan saya yakin bagi agama-agama lain pun sama. Contohnya, kalau mereka yang beragama Hindu tahu adanya kandungan lembu dan monyet mahukan mereka gunakan vaksin lagi?
Apa yang perku kita lakukan?Sama ada untuk vaksin atau tidak, itu adalah hak kita dan orang lain tidak ada hak untuk menentukan samada kita nak vaksinkan diri atau anak-anak kita. Kalau kena penyakit, kita yang kena bertanggungjawab bukan orang lain, kalau anak sawan, alergi atau mati disebabkan vaksin, adakah doktor akan tanggung? Adakah syarikat pengeluar vaksin akan tanggung? Adakah kerajaan akan tanggung?
Kita ada hank untuk tahu apakah kandungan vaksin. Kita ada hak untuk tahu apakah risiko dan komplikasi (masalah) dari vaksin SEBELUM kita membuat keputusan untuk membenarkan diri atau anak-anak divaksinkan. Harus kita ingat bahawa semua vaksin dan produk farmasi yang lain membawa risiko kecederaan atau kematian. Jangan sekali-kali membenarkan vaksin atau ubat-ubatan diberikan tanpa diberitahu tentang SEMUA risko.
Knowledge is power. Penuhkan dada dengan ilmu yang tepat tentang vaksinasi dan kesihatan. Buat kajian dan berbincanglah sebelum membuat apa-apa keputusan yang berkaitan kesihatan. Jadilah konsumer yang berpelajaran/berilmu dan kita akan mudah membuat keputusan yang bijak dan menlindungi diri dan keluarga. Ingat juga, dengan adanya ilmu, kita akan lebih mudah untuk berbincang secara ilmiah dan rasional dengan keluarga, rakan-rakan, doktor mahupun pakar kesihatan.
Setelah membuat keputusan, pastikan diri bersedia dan bertanggungjawab kepada keputusan yang dibuat.
Simpan rekod kesihatan samada divaksinkan atau tidak. Jika divaksinkan simpan rekod masa dan jenis vaksin, pengeluar vaksin dan komplikasi setelah divaksinkan.
Rujukan:http://www.iom.edu/Reports/2011/Adverse-Effects-of-Vaccines-Evidence-and-Causality.aspx
http://articles.mercola.com/sites/articles/archive/2009/11/14/Expert-Pediatrician-Exposes-Vaccine-Myths.aspx
http://articles.mercola.com/sites/articles/archive/2011/11/01/more-parents-waking-up-to-vaccine-dangers.aspx
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmedhealth/PMH0001847/
http://www.vaccinationcouncil.org/2012/07/05/herd-immunity-the-flawed-science-and-failures-of-mass-vaccination-suzanne-humphries-md-3/
http://www.vaccinationcouncil.org/2012/08/26/paul-offit-threatens-religious-and-philosphical-vaccine-exemptions-a-respose-by-suzanne-humphries-md/
http://www.vaccinationcouncil.org/2011/01/20/islam-vaccines-and-health-2/